Monday, December 07, 2009

kawan baik saya

saya rasa saya dah jumpa kawan baik saya.
dia sangat baik. selalu menolong saya tidak kira apa jua keadaan.
dia selalu berada di sisi saya.

saya tidak menyedari bahawa dialah kawan baik saya,
sehinggalah pada satu hari, saya menangis di hadapannya.
die terus memeluk saya.
dia diam.
tanpa bertanya dan terus memeluk saya.
sambil mengusap-usap rambut saya dan meredakan tangisan saya.
"syhhhh..dah dah" pujuknya.
malah malam yang sama saya menangis di tikar sembahyang, dia datang kepada saya.
seolah-olah tahu saya perlukan dia.
dia memeluk saya dan membiarkan saya teresak-esak di bahunya.
di saat semua insan memalingkan wajah dari saya, dia masih di sisi saya.
menyayangi saya seadanya.

malah baginya sayalah kawan terbaik, tercantik yang dia pernah ada.
mulutnya tidak pernah lekang dari kata-kata baik tentang saya.
walaupun saya pernah menengking, memukul dan mengherdiknya, tapi dia xpernah pergi.
dia setia di sisi saya, setia menyayangi saya.
pernah saya ugut untuk mati, namun ditegah.
katanya nanti dia sedih, bermuram durja dan menangis kalau saya tiada.
sakit pening saya, dia sentiasa bersama.

di saat semua orang mengugut untuk menzalimi saya, dia melindungi saya di barisan hadapan.
membalas kembali perbuatan jahat manusia keatas saya,
sehinggalah dia sudah tidak berdaya dan hanya mampu menangis bersama saya.
murnikan cinta dia untuk saya?!

paling terkesan di hati saya apabila ibu memarahi saya,
lalu dia datang kepada saya sambil menutup pintu dunia.
katanya tidak mahu ibu memarahi saya lagi.
malah dipesannya saya berlindung di dunia kecil kami agar tiada lagi air mata saya tumpah.

dialah kawan baik saya.
dialah penghibur hati saya.
dialah pendengar setia saya.
dialah adik saya.
dialah NOR SOLEHAH.


p/s: harap dia membesar seindah namanya.