Tuesday, December 29, 2009

tahun baru



igt lg hujung tahun lepas, uj menasihatkan aku utk dapatkan azam baru sempena 2009.hahahaha. dan syukur, aku jumpa azam baru menggantikan yg lme.

utk 2010 xtau lg nk azam pe, cz bnyk sgt. lantakla.
yg pasti aku berazam utk penuhi pe yg aku azamkan. tu kira azam la kn. huhuhu.

selamat tinggal 2009, selamat dtg 2010.
hope tahun 2010 tahun yg lebih baik utk aku.
amin.

Sunday, December 27, 2009

bercumbuan-cumbuan di taman



our picnic was awesome!!!

 ktorg mkn xhengat cam lauk sedap sgt padahal bese2 je.

p/s: en. syg, ble nk picnic lg ni?

Tuesday, December 22, 2009

mcm bru semalam

dah genap 3 tahun along pergi tinggalkan family aku.

dah 3 tahun tp mcm bru smlm.
mcm bru semalam aku gurau2 dgn arwah.
mcm bru semalam ktorg men tarik2 rambut.
mcm bru semalam aku suap arwah mkn.
mcm bru semalam ktorg tido sebantal.
mcm bru semalam arwah usap kepala aku tiap kali aku cium tgn dia.

dan mcm bru semalam jugak la aku n ibu dpt berita arwah kemalangan.
mcm bru semalam aku n ibu bergegas g hospital dengan harapan arwah patah kaki biasa.
mcm bru semalam aku dpt tau arwah dah xde.
mcm bru semalam aku tengok jenazah arwah sebijik cam arwah abah.
sumpah demi Allah, sebijik macam arwah abah.
mcm bru semalam aku cium arwah utk kali terakhir.
dan mcm bru semalam aku hantar arwah pergi menemui Tuhan.

antara semua abg2 aku, aku syg arwah lebih.
sebelum arwah pergi pun aku memang syg dia lebih.
sama mcm aku syg abah.

kehilangan abah buat aku lebih hargai family,
kehilangan along buat aku matang dan tabah.
tapi cukuplah.
xmampu nak hilang sesiapa lg.
aku takut aku jd gila if kehilangan lagi keluarga yg aku ada ni.
cukuplah.

Tuhan, boleh x kau biar abah dan along muncul dlm mimpi aku mlm ni. aku rindu sgt pada mereka. tolonglah aku Tuhan!

Monday, December 07, 2009

kawan baik saya

saya rasa saya dah jumpa kawan baik saya.
dia sangat baik. selalu menolong saya tidak kira apa jua keadaan.
dia selalu berada di sisi saya.

saya tidak menyedari bahawa dialah kawan baik saya,
sehinggalah pada satu hari, saya menangis di hadapannya.
die terus memeluk saya.
dia diam.
tanpa bertanya dan terus memeluk saya.
sambil mengusap-usap rambut saya dan meredakan tangisan saya.
"syhhhh..dah dah" pujuknya.
malah malam yang sama saya menangis di tikar sembahyang, dia datang kepada saya.
seolah-olah tahu saya perlukan dia.
dia memeluk saya dan membiarkan saya teresak-esak di bahunya.
di saat semua insan memalingkan wajah dari saya, dia masih di sisi saya.
menyayangi saya seadanya.

malah baginya sayalah kawan terbaik, tercantik yang dia pernah ada.
mulutnya tidak pernah lekang dari kata-kata baik tentang saya.
walaupun saya pernah menengking, memukul dan mengherdiknya, tapi dia xpernah pergi.
dia setia di sisi saya, setia menyayangi saya.
pernah saya ugut untuk mati, namun ditegah.
katanya nanti dia sedih, bermuram durja dan menangis kalau saya tiada.
sakit pening saya, dia sentiasa bersama.

di saat semua orang mengugut untuk menzalimi saya, dia melindungi saya di barisan hadapan.
membalas kembali perbuatan jahat manusia keatas saya,
sehinggalah dia sudah tidak berdaya dan hanya mampu menangis bersama saya.
murnikan cinta dia untuk saya?!

paling terkesan di hati saya apabila ibu memarahi saya,
lalu dia datang kepada saya sambil menutup pintu dunia.
katanya tidak mahu ibu memarahi saya lagi.
malah dipesannya saya berlindung di dunia kecil kami agar tiada lagi air mata saya tumpah.

dialah kawan baik saya.
dialah penghibur hati saya.
dialah pendengar setia saya.
dialah adik saya.
dialah NOR SOLEHAH.


p/s: harap dia membesar seindah namanya.